LONDON: Tunggak midfield Manchester City, Kevin De Bruyne, tidak percaya pasukannya dapat mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim Liga Perdana England (EPL) ini.
Bintang muda Belgium itu berpendapat rekod 'kebal' sepanjang musim ini adalah sesuatu yang sukar dicapai, sekalipun City kekal sebagai satu-satunya pasukan yang belum kalah selepas 10 perlawanan awal liga.