BOLA SEPAK ANTARABANGSA
Dean Henderson, Adama Traore dipanggil skuad negara masing-masing
Nov 12, 2019 | 05:30 AM
LONDON: England telah memanggil penjaga gawang Sheffield United, Dean Henderson, bagi kempen terakhir kelayakan Euro 2020 menentang Montenegro dan Kosovo.
Ini selepas penjaga gol Aston Villa, Tom Heaton, terpaksa menarik diri akibat kecederaan, umum Persatuan Bola Sepak (FA) England kelmarin.