Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Declan Rice perlu rehat selepas alami kecederaan

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Declan Rice boleh terlepas beraksi selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut semasa menyarung jersi England.



Pemain West Ham itu tidak diturunkan semasa West Ham menewaskan Wolverhampton Rovers 3-2 semalam, keputusan yang memperkukuh peluang West Ham melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Ia kini menduduki tangga keempat dalam Liga Perdana England (EPL), satu mata melebihi Chelsea di tangga kelima dan empat mata di belakang Leicester City yang menduduki tangga ketiga.



Sebelum perlawanan tersebut, Rice telah diturunkan bagi semua perlawanan utama West Ham musim ini, dan memain peranan tunggak dalam dalam percubaan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Sebelum perlawanan itu, Rice berkata tempoh pemulihan telah bermula bagi beliau, dan beliau berharap dapat kembali beraksi dengan segera.



Pengurus West Ham David Moyes, berkata beliau hampa.



"Tapi kita terus mara, mengatasi kekecewaan ini dan berpandang ke hadapan," ujar beliau.



"Kami akan terus berusaha mencapai matlamat kami dan tidak akan menggunakan kekurangan ini sebagai satu alasan.



"Kami akan sentiasa beraksi 100 peratus dalam setiap perlawanan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >