Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Dendam Liverpool atasi Chelsea tidak menjadi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Dendam Liverpool atasi Chelsea tidak menjadi

Nov 08, 2014 | 11:59 PM

LONDON: Diego Costa menjaringkan golnya yang ke-10 bagi membantu Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana musim ini dengan menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield malam tadi.

Liverpool, yang bertekad membalas dendam atas kekalahan di tangan Chelsea yang menjejas impiannya menjadi juara liga musim lalu, membuka jaringan pada minit kesembilan apabila rembatan Emre Can dari jarak 20 meter terkena kaki Gary Cahill dan menewaskan penjaga gawang Thibaut Courtois.

Namun, Cahill menyamakan kedudukan sejurus kemudian sebelum Costa menjaringkan gol kemenangan Chelsea 23 minit sebelum permainan sepenuh masa ditamatkan.

Dengan kemenangan itu, Chelsea melebarkan jurang mata dengan pasukan di tangga kedua, Southampton, kepada tujuh mata.

Southampton, bagaimanapun, berpeluang merapatkan semula jurang kepada empat mata jika mereka menang ke atas Leicester City di padang sendiri lewat malam tadi. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3