Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: CHELSEA LWN SPURS

Derbi sengit... London berdebar

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Hanya dua mata memisahkan Chelsea dengan Tottenham Hotspur apabila mereka bertemu di Stamford Bridge pada tengah malam nanti, meskipun perbezaan antara kelab sekota itu lebih ketara.



Chelsea, yang dibimbing Frank Lampard, adalah pasukan muda yang menarik dan selepas melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal minggu lalu, menunjukkan kekurangan pengalaman boleh diatasi dengan disiplin dan tekad untuk berjaya.



Lampard juga - pemain yang sekian lama menjadi antara pemain tunggak Chelsea semasa ia dipimpin Jose Mourinho - mewakili barisan pengurus muda yang kian disebut-sebut namanya dan begitu dahagakan kejayaan.



Satu contoh sikap enggan mengaku kalah yang ditunjukkan pemain Chelsea adalah semasa menewaskan Newcastle 2-0 awal bulan ini, kemenangan yang melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 12 perlawanan.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, Mason Mount, yang pada musim ini kian memahat tempatnya dalam pasukan nasional England, berkata perlawanan itu antara yang paling sukar dilaluinya sejak musim lalu.



Namun, menurut Mount, beliau dan rakan sepasukannya menjejakkan kaki ke padang dengan keyakinan bahawa mereka tidak akan kalah.



"Cara kami beraksi di padang pada masa ini memberi kami keyakinan bahawa kami akan dapat mengutip mata di mana sahaja kami berada... ini berbeza dengan keyakinan diri kami musim lalu, yang mungkin menyebabkan kami beraksi secara kurang konsisten," ujar Mount.



Mount, bersama rakan sepasukan seperti Tammy Abraham dan Callum Hudson-Odoi mewakili sebahagian bintang muda terbaik yang muncul dari akademi Chelsea.



Bercakap mengenai Mount dan pemain muda lain baru-baru ini, Lampard berkata:



"Mereka muda... mungkin akan membuat lebih banyak kesilapan, tetapi mereka amat berpotensi dan saya percaya masih boleh mempertingkat keupayaan ke tahap lebih tinggi."



Spurs pula, yang kini dipimpin Mourinho, dibentuk barisan pemain antarabangsa mapan dari berbilang benua, termasuk kapten England Harry Kane, kapten Wales Gareth Bale dan kapten Korea Selatan Son Heung Min.



Dalam pasukan yang dipenuhi pemain mapan seperti itu keupayaan bukan lagi satu jangkaan, tetapi satu kemestian dan dengan Mourinho sebagai kepalanya, keupayaan itu kini digabungkan dengan disiplin dan tekad tidak mahu kalah yang menjadikan Spurs sukar untuk ditewaskan musim ini.



Spurs juga pasukan yang amat yakin kali ini, terutama selepas ia menewaskan bekas juara Manchester City 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) terakhir sebelum minggu antarabangsa. Kemenangan itu juga adalah yang keempat berturut-turut bagi Spurs.



Cara Spurs menewaskan City pula menarik perhatian kerana ia mencerminkan sentuhan klasik Mourinho.



Meskipun beraksi di tempat sendiri, Spurs rela bertahan dan membiarkan City mengawal bola dan mengasak benteng mereka.



Sebaliknya, Spurs bergantung pada kelincahan Son untuk mengatur serangan balas, yang meraih ganjaran dalam bentuk gol pertama pada awal permainan.



Cara Kane, Son dan Ndombele mengatur serangan kilat dan memporak perandakan benteng City mungkin sedang diteliti Lampard, yang perlu mengadang pemain Spurs daripada membuat hantaran ke ruang kosong untuk dikejar Son.



Satu pilihan bagi Lampard untuk mengekang serangan Spurs adalah untuk membendung Pierre-Emile Hojbjerg, pemain dari Denmark yang kini kian dilihat sebagai pemain baru terbaik Spurs musim ini.



Tangkas semasa mematahkan serangan lawan dan kreatif apabila memulakan serangan pasukan sendiri, Hojbjerg adalah pemain lengkap yang mungkin mengingatkan penyokong Spurs kepada bekas kapten pasukan itu Michael Carrick.



Bekas kapten England Alan Shearer, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak di televisyen, berkata Hojbjerg tiada tandingannya di midfield pada ketika ini.



"Beliau begitu hebat semasa menentang City dan tidak dapat dibendung midfield City.



"Wang yang dikeluarkan oleh Spurs untuk membeli Hojbjerg kini boleh dianggap pelaburan yang baik dan nilai pemain ini pastinya telah meningkat berlipat ganda," ujar Shearer.



Hojbjerg dibeli Spurs daripada Southampton beberapa bulan lalu pada harga £15 juta ($18 juta).



Jika diturunkan, beliau mungkin perlu bersaing dengan barisan pemain midfield Chelsea yang bukan calang-calang kalibernya.



Selain Mount, Lampard, yang hampir tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan, juga boleh menurunkan Kai Havertz dan Jorginho, sementara N'golo Kante juga kembali cergas dan boleh dipilih dalam skuad.



Di tengah-tengah benteng Chelsea pula Thiago Silva dan Kurt Zouma telah membentuk benteng kukuh.



Dari sudut pandang peminat bola sepak yang bukan berjersi putih atau biru, perlawanan antara Chelsea dengan City ini boleh menjadi antara perlawanan yang paling hebat musim ini.



Namun, kehadiran Mourinho dan bekas anak didiknya Lampard di kepala kededua pasukan itu mengundang kemungkinan perlawanan ini berubah menjadi sekadar persaingan catur defensif - di mana kededua pasukan terlalu berwaspada dan enggan mengambil risiko.



Jika ini berlaku, perlawanan akan berkesudahan seri.



Satu mata bagi setiap pasukan dalam perlawanan sukar ini mungkin bukan perkara yang begitu mengecewakan Lampard atau Mourinho, tetapi Juergen Klopp akan tersenyum lebar.



Jika Chelsea dan Spurs terikat seri dalam perlawanan ini, ia membenarkan Liverpool untuk mengambil kesempatan dan memperluas jurang di puncak dalam persaingan liga musim Covid-19 ini yang kian dianggap sebagai antara yang paling sengit dalam sejarah. - Agensi berita.




"Cara kami beraksi di padang pada masa ini memberi kami keyakinan bahawa kami akan dapat mengutip mata di mana sahaja kami berada... ini berbeza dengan keyakinan diri kami musim lalu, yang mungkin menyebabkan kami beraksi secara kurang konsisten."
- Mason Mount pemain 'midfield' Chelsea.



"Mereka muda (Mason dan pemain muda Chelsea lain)... mungkin akan membuat lebih banyak kesilapan, tetapi mereka amat berpotensi dan saya percaya masih boleh mempertingkat keupayaan ke tahap lebih tinggi."
- Frank Lampard pengurus Chelsea



"Beliau (Hojbjerg) begitu hebat semasa menentang City dan tidak dapat dibendung midfield City. Wang yang dikeluarkan oleh Spurs untuk membeli Hojbjerg kini boleh dianggap pelaburan yang baik dan nilai pemain ini pastinya telah meningkat berlipat ganda."
- Alan Shearer, bekas kapten England Alan Shearer, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak di televisyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >