LONDON: Steve McClaren berpeluang mengakhiri mimpi buruk kegagalan di Stadium Wembley dengan memimpin Derby County melompat menyertai semula pertandingan antara kelab elit England iaitu Liga Perdana dengan mengalahkan Queens Park Rangers dalam perlawanan penentuan Liga Kejuaraan hari ini.
Hadiah yang dipertaruhkan di Wembley hujung minggu ini begitu tinggi yang menemukan pasukan pimpinan McClaren, bekas pengurus England, dengan anak didik Harry Redknapp.