SUKAN KOMANWEL 2014

Derek Wong mara ke final, cipta sejarah

GLASGOW: Pemain badminton nombor satu negara Derek Wong mara ke final dan sekaligus mencatat sejarah selepas menumbang pemain India R.V Gurusaidutt 16-21, 21-19, 21-15 dalam separuh akhir di Emirates Arena semalam.

Kemenangan itu bermakna Wong, 25 tahun, bakal menjadi pemain badminton perseorangan pertama negara mememenangi pingat Sukan Komanwel, dengan sekurang-kurangnya perak di dalam tangan.

Beliau dijadual bertemu seorang lagi pemain India Kashyap Parupalli dalam final bermula tujuh petang nanti.

Wong, pemenang pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2011 berasal dari keluarga badminton. Ayahnya Wong Shoon Keat memenangi pingat emas terakhir Singapura dalam dalam acara perseorangan di Sukan SEA 1983.

NORMAN SAWI

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:02
Zuhur
1:08
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.