Deschamps di ambang kemasyhuran, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Deschamps di ambang kemasyhuran

Jul 15, 2018 | 05:30 AM

MOSCOW: Membuat penampilan di Piala Dunia sebagai pemain adalah satu perkara yang istimewa, dan pencapaian itu menjadi lebih manis apabila pemain itu berjaya menjuarai kejohanan tersebut dengan pasukannya.

Ia menjadi lebih istimewa apabila Didier Deschamps (gambar kiri) diserahkan pula tugas mengendalikan pasukan negara sebagai jurulatih selepas kerjayanya sebagai pemain.

Namun begitu, untuk menjulang trofi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih merupakan sesuatu yang menakjubkan dan di luar jangkaan.

Hanya dua orang yang telah mengukir nama mereka dalam senarai masyhur itu - menjulang Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih - Mario Zagallo (Brazil) dan Franz Beckenbauer (Jerman).

Zagallo merupakan pemain bola sepak pertama yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau memenangi kejohanan tersebut sebanyak empat kali - dua kali sebagai pemain iaitu pada Piala Dunia 1958 dan 1962 sebelum mengulangi prestasi tersebut sebanyak dua kali lagi sebagai jurulatih (1970) dan penolong pengurus (1994).

Beckenbauer pula menjulang Piala Dunia sebagai pemain pada 1974 dan sebagai jurulatih pada 1990.

Kini Deschamps pula berpeluang menyertai senarai elit itu jika anak buahnya berjaya mengatasi Croatia di Stadium Luzhniki, Moscow, malam ini.

Kali terakhir Deschamps merasakan keghairahan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia adalah ketika beliau mengetuai Perancis sebagai kapten pasukan pada 1998. Dalam final itu, Perancis berjaya menundukkan juara bertahan Brazil 3-0 di hadapan penyokong sendiri.

Ia merupakan satu kenangan yang istimewa bagi Deschamps tetapi yang paling penting ialah bagaimana beliau berjaya memberi semangat dan motivasi kepada rakan sepasukannya untuk mencapai impian yang dianggap mustahil itu.

Sama ada beliau dapat mengulangi kejayaannya dalam memberikan rangsangan yang serupa kepada pemainnya dan meniru pencapaian skuad Perancis dahulu masih belum jelas lagi.

Walau bagaimanapun, Deschamps enggan melihat kembali pencapaiannya sebagai pemain.

Beliau berkata: "Saya tidak pernah menyebut tentang sejarah saya sendiri sebagai pemain kepada pemain saya... mereka tahu. Ada di antara mereka yang belum lagi dilahirkan ketika itu, tetapi mereka pernah melihat gambar.

"Sejarah itu milik ramai rakyat Perancis yang hidup untuk menyaksikan dan merasakan kemenangan itu, tetapi ia bukan untuk generasi muda. Jalan ceritanya berbeza sekarang, dan anda tidak boleh membuat perbandingan.

"Saya tidak boleh bercakap dengan mereka (pasukannya hari ini) mengenai pemain yang beraksi 20 tahun yang lalu, malah dari 10 tahun yang lalu.

"Saya berada bersama mereka hari ini untuk mengukir sejarah baru... sejarah yang paling indah.

"Ini bukan bermakna bahawa saya tidak berbangga dengan apa yang telah kami lakukan bersama 20 tahun yang lalu. Ia akan kekal dan tiada siapa yang dapat memadamkannya, tetapi anda juga perlu teruskan kehidupan hari ini.

"Kami tidak boleh menoleh ke belakang dan melihat apa yang ada di cermin pandang belakang (rear-view mirror), itu bukannya cara untuk anda maju ke hadapan." - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map