EURO 2016
Detik paling hebat bagi bola sepak Wales
Kejayaan bersejarah ke separuh akhir bakal saksikan 'pertempuran' Bale dengan Ronaldo
Jul 03, 2016 | 05:30 AM
LILLE (Perancis): Muncul di kejohanan besar sulungnya dalam 58 tahun, Wales meneruskan langkah bersejarah dengan mengejutkan Belgium 3-1 untuk mara ke separuh akhir yang 'menggiurkan' menentang Portugal apabila bintang pasukan, Gareth Bale, akan berentap dengan rakan sekelabnya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Kejayaannya di Euro 2016 ini menyaksikan Wales mengatasi pencapaian terbaik pasukan bola sepak negara itu sebelum ini - skuad berbakatnya yang melangkah ke suku akhir Piala Dunia 1958 di Sweden.