ANEHNYA prestasi Leicester City di Eropah jauh berbeza berbanding persembahan hambarnya dalam liga domestik.
Anak didik Claudio Ranieri - yang tampil 'menggesel bahu' dengan kelab terbaik Eropah buat kali pertama dalam sejarahnya - langsung tidak menunjukkan 'darah gemuruh' di medan Liga Juara-Juara.