Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK 2020

Di sebalik pandemik Jepun masih bersemangat Olimpik

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Wartawan yang menaiki bas menuju ke Perkampungan Olimpik kelmarin disambut dengan renungan wajah anak-anak kecil comel ketika mereka berhenti untuk berehat.



Dua budak lelaki, dengan usia mereka tidak melebihi lima tahun, memberikan senyuman yang lebar kepada pengunjung luar negara yang tiba dengan menaiki bas yang tertera dengan perkataan 'Tokyo 2020'.



Jika kanak-kanak itu begitu gembira melihat wartawan dari Singapura, Slovakia dan Belanda, tidak dapat dibayangkan bagaimana pula perasaan mereka sekiranya mereka dapat berjumpa ratu gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles dan bintang tenis, Novak Djokovic.



Malangnya bagi kanak-kanak ini, peluang bersemuka dengan atlet terkemuka dunia amat tipis.



Tokyo masih dalam keadaan darurat disebabkan pandemik Covid-19 dan penonton antarabangsa serta tempatan, dilarang dari menyaksikan temasya sukan itu secara langsung di tempat pertandingan.



Menurut The Straits Times Stadium Olimpik Tokyo yang boleh memuatkan 68,000 penonton, hanya mampu menampung kurang dari seperlima jumlah keseluruhan itu bagi upacara pembukaan semalam, dengan penonton terdiri daripada orang kenamaan, penaja dan pegawai dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).



Di sebalik sekatan ini, negara tuan rumah masih bersemangat dalam menganjurkan acara sukan antarabangsa ini.



Dengan penduduk Tokyo terus melakukan aktiviti seharian, mereka juga masih berminat untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman Olimpik.



Walaupun berada di bawah terik matahari ketika suhu musim panas mencapai 33 darjah Celsius, Taman Tatsuminomori Seaside - yang terletak di sebelah Pusat Akuatik Tokyo - menjadi sarang kegiatan untuk ibu bapa dan anak-anak mereka berseronok.



Di dalam dan sekitar kawasan Olimpik, sukarelawan dilihat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.



Atlet lawan pedang Singapura, Amita Berthier yang akan bertanding Ahad ini, akui bahawa mereka belum dapat merasakan nikmat temasya Sukan Olimpik sepenuhnya kerana terpaksa berada dalam gelembung ketika mereka berulang-alik dari Perkampungan Olimpik ke tempat latihan dan pertandingan.



Meskipun menerusi interaksinya yang terbatas dengan sukarelawan dan pegawai Jepun, atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau terpesona dengan usaha yang telah dilakukan untuk menjayakan temasya itu walaupun menghadapi cabaran yang timbul dek penularan wabak Covid-19.



"Semestinya penduduk Jepun berhak mendapat penghormatan sewajarnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >