MONACO: Juara dunia dari Habsyah, Genzebe Dibaba, memecahkan rekod dunia 1,500 wanita yang sudah pun bertahan selama 22 tahun dalam satu perlumbaan Diamond League di sini kelmarin.
Selepas meninggal pencabar-pencabarnya jauh di belakang, Dibaba menamatkan garisan penamat dengan mencatatkan masa tiga minit 50.07 saat - mengatasi rekod dunia lama 3:50.46 yang dicatatkan pelari China, Qu Yunxia, di Beijing pada 11 September 1993.