Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI

DJ Forbes, Ben Gollings duta Tujuh Sepasuk Ragbi Singapura

Mar 12, 2018 | 05:30 AM



PENJARING terbanyak dalam kejohanan siri Ragbi Sedunia HSBC Ben Gollings dan bekas kapten New Zealand Sevens DJ Forbes telah dilantik menjadi duta kejuaraan Tujuh Sepasuk Ragbi Singapura, menurut penganjur Ragbi Singapura baru-baru ini.



Gollings, pemain asal England, bersara pada 2011 dengan rekod 2,652 mata.



Legenda berusia 37 tahun itu, yang pernah bermain di bahagian fly-half, beralih kepada bidang kejurulatihan.



Beliau pernah bekerjasama dengan Kesatuan Ragbi Singapura untuk mempersiap pasukan tujuh sepasuk lelaki dan wanita nasional bagi menyertai Sukan SEA tahun lalu.



Kedua-dua pasukan memenangi pingat perak di Kuala Lumpur.



Dalam kenyataan seperti yang dilaporkan laman akhbar The Straits Times, Gollings berkata:



"Saya seronok bekerjasama dengan pasukan tujuh sepasuk nasional Singapura dalam usaha mereka mendapatkan pingat dalam Sukan SEA lalu dan gembira sekali dengan peluang ini.



"Usaha berterusan Singapura melebarkan sayap ragbi amat dihargai dan masih terdapat banyak potensi bagi pertandingan tujuh sepasuk di rantau ini.



"Saya ingin memainkan peranan membantu menjadikan kejohanan Tujuh Sepasuk Ragbi Singapura suatu kejayaan".



Forbes pula memenangi enam Siri Sedunia bersama pasukan All Blacks dan pingat emas di Sukan Komanwel.



Atlit berusia 35 tahun yang bersara tahun lalu itu berkata:



"Tujuh sepasuk merupakan sukan berpasukan yang semakin berkembang pesat di dunia dan Siri Tujuh Sepasuk Ragbi Sedunia HSBC merupakan paparan sesuai bagi bintang dan bakat muda.



"Berasal daripada keturunan Samoa, di mana keluarga memainkan peranan penting dalam kehidupan harian, saya gembira dengan usaha Singapura menjadikan kejohanan Tujuh Sepasuk Ragbi Singapura HSBC acara mesra keluarga".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >