Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS: MENJELANG TERBUKA AUSTRALIA

Djokovic akui 'silap' dalam dokumen perjalanan

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic semalam mengakui "kesilapan" dalam dokumen perjalanannya dan dalam tingkah lakunya selepas dijangkiti Covid-19, sedang beliau berusaha terus berada di Australia bagi mencapai rekod kemenangan Grand Slam ke-21.



Djokovic berkata pasukannya telah memberi maklumat baru kepada kerajaan Australia, yang sedang menimbangkan apakah harus membatalkan visanya sekali lagi, dan menghantarnya pulang.



"Kita hidup dalam masa mencabar dalam pandemik global dan kadangkala kesilapan ini boleh berlaku," kata pemain berusia 34 tahun itu, yang tidak divaksinasi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ketika beliau berlatih di gelanggang Terbuka Australia, yang bermula Isnin ini.



Bintang Serbia itu terbang ke Melbourne seminggu lalu dan menuntut pengecualian daripada vaksinasi kerana keputusan ujian PCR Covid-19-nya positif pada 16 Disember.



Pihak berkuasa sempadan menolak permohonannya dengan mengatakan jangkitan baru-baru ini tidak layak mendapat pengeculian dan mengoyakkan visanya, dan meletaknya di pusat tahanan.



Tetapi pasukan guaman Djokovic berjaya mendapatkan perintah makahmah Isnin lalu bagi membatalkan keputusan itu.



Namun, Menteri Imigresen Alex Hawke sedang menimbangkan untuk membatalkan visa itu sekali lagi, atas alasan baru.



Djokovic, juara Terbuka Australia sembilan kali, menyifatkan laporan mengenai perjalanannya selepas dijangkiti di Serbia sebagai "maklumat salah".



Sehari selepas ujian positifnya pada 16 Disember itu, Djokovic muncul di sebuah acara tenis remaja dan sebuah majlis penghormatan baginya, tanpa memakai pelitup.



Djokovic berkata beliau hanya menerima keputusan ujian PRC selepas menghadiri acara tenis remaja itu. Tetapi beliau mengakui meneruskan satu temu bual bersama media sukan Perancis L'Equipe pada 18 Disember.



Bintang tenis itu juga mengakui kesilapan pada pengisytiharan perjalanannya ke Australia. Beliau menandakan di kotak yang menunjukkan beliau tidak akan melakukan perjalanan dalam 14 hari sebelum terbang ke Melbourne. Namun, siaran dan laporan media sosial menunjukkan beliau terbang dari Serbia ke Sepanyol dalam tempoh itu.



Djokovic berkata kesilapan itu dilakukan oleh pasukan sokongannya. "Ejen saya dengan ikhlas memohon maaf atas kesilapan pentadbiran dalam menanda kotak salah tentang perjalanan saya sebelum sebelum datang ke Australia. Ini kesilapan manusia dan sudah tentu tidak disengajakan."



Kenyataan awam Djokovic itu nampaknya bertujuan mempengaruhi kerajaan supaya membenarkannya berada di Australia bagi Terbuka Australia. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >