LONDON: Pemain pilihan utama Novak Djokovic dan juara bertahan Andy Murray semalam mengorak langkah ke arah pertembungan yang dinanti-nantikan dalam peringkat separuh akhir kejohanan tenis Wimbledon selepas kededuanya mara ke suku akhir.
Djokovic mara ke suku akhir untuk kali keenam berturut-turut selepas mengalahkan pemain pilihan ke-14 dari Perancis, Jo-Wilfred Tsonga, 6-3, 6-4, 7-6 (7/5).