MELBOURNE: Novak Djokovic melangkah setapak lebih dekat dalam mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas menyingkirkan Roger Federer yang cedera dalam aksi separuh akhir kelmarin.
Djokovic dua kali bangkit pada set pertama dan selepas mendominasi 'tie breaker', beliau terus memberi persembahan cemerlang untuk mencatat kemenangan 7-6 (7/1), 6-4, 6-3 ke atas Federer yang pada satu ketika memerlukan rawatan di tepi gelanggang.