Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA 2022

'Doha rancang longgarkan tindakan terhadap kesalahan ringan'

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Peminat Piala Dunia di Qatar yang ditangkap melakukan kesalahan kecil, seperti mabuk di kawasan awam, akan terlepas daripada pendakwaan di bawah rancangan yang sedang dibangunkan pihak berkuasa negara tuan rumah itu.



Ini diberitahu kepada media oleh seorang diplomat dan orang yang biasa dengan taklimat Qatar kepada polis asing.



Walaupun strategi kepolisan pertandingan yang akan bermula kurang dua bulan dari sekarang itu belum dimuktamadkan, penganjur telah memberitahu diplomat dan polis dari negara yang layak bahawa mereka berhasrat menunjukkan fleksibiliti terhadap pelanggaran agak kecil, kata sumber itu.



Isyarat itu mencerminkan keseimbangan halus di mana Qatar, sebuah negara Arab kecil yang ramai rakyatnya mengikuti aliran Islam Sunni sama seperti di negara jiran Arab Saudi, cuba mengimbangi antara menghormati tradisi agama dan menampung kemeriahan lebih sejuta peminat bola sepak yang akan datang ke negara itu.



Penganjur Piala Dunia Qatar, Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyampaian dan Warisan, tidak menjawab apabila diminta mengulas.



"Peningkatan kelonggaran menggembirakan masyarakat antarabangsa tetapi datang dengan risiko bahawa ia mungkin mengganggu para konservatif dalam negara," kata seorang lagi diplomat Barat.



Penganjur tidak menjelaskan secara terbuka pendekatan mereka terhadap kepolisan, dan banyak kedutaan telah memberi amaran kepada peminat bahawa mereka menghadapi hukuman bagi kelakuan yang diterima di tempat lain.



"Ingat, semasa anda berada di Qatar, anda tertakluk pada undang-undang tempatan," kata diplomat Amerika Syarikat Morgan Cassell dalam sebuah video YouTube.



Menurut kod undang-undang Qatar, kebebasan bersuara dihadkan, homoseksualiti haram dan hubungan seks di luar perkahwinan diharamkan.



Mabuk di kawasan awam boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan beberapa perkara yang dianggap mesra di tempat lain, seperti mempamerkan kasih sayang di tempat awam atau memakai pakaian mendedahkan, boleh menjadi alasan ditangkap.



"Bertengkar dengan atau menghina orang lain di khalayak ramai boleh membawa kepada penangkapan.



"Aktiviti seperti protes, dakwah agama, advokasi ateisme dan kritikan terha-dap kerajaan Qatar atau agama Islam mungkin didakwa secara jenayah di sini.



"Itu juga berlaku bagi catatan media sosial anda," kata Cassell.



Bagaimanapun, penganjur sudah berhasrat melonggarkan undang-undang ketat Qatar yang mengehadkan penjualan alkohol awam, dan akan membenarkan bir dihidangkan berhampiran stadium beberapa jam sebelum perlawanan bermula.



Secara tidak rasmi, mereka juga telah memberitahu polis dari negara Eropah yang layak ke kejohanan itu dan beberapa diplomat di Doha agar menjangka polis menunjukkan fleksibiliti dalam menguat kuasa undang-undang lain, seperti mabuk atau gangguan awam. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >