GRENOBLE (Perancis): Doktor yang merawat Michael Schumacher semalam enggan memberikan sebarang ulasan mengenai nasib juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) yang ditimpa nahas ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis.
Sebaliknya, kumpulan pakar dan doktor yang merawat Schumacher berkata mereka masih berusaha 'setiap jam' dengan mengikuti perkembangan Schumacher yang masih kritikal itu.