Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Dua gergasi - Tampines dan Geylang - perlu bangkit

spl
Apr 16, 2021 | 05:30 AM



MENGIKUT tradisi, pertemuan Tampines Rovers dan Geylang International, yang dikenali sebagai derby Timur, menjanjikan pertempuran lasak yang kadangkala menjadi tidak terkawal dek pemain kededua pasukan bermatian-matian tidak mahu kalah.



Pada saat awal kelahiran derby ini, yakni semasa bola sepak profesional baru berputik di Singapura pada pertengahan 1990-an, Tampines dan Geylang antara dua pasukan paling disegani dalam liga, masing-masing menampilkan pemain bertaraf antarabangsa seperti Fandi Ahmad, Malek Awam dan Kadir Yahya.



Namun kebelakangan ini, derby itu 'mengancam' dari segi kekata sahaja, kerana kededua kelab menunjukkan corak permainan kurang konsisten di padang.



Justeru, apabila Tampines dan Geylang melangkah ke dalam padang malam ini, tidak ramai menjangka perlawanan hebat.



Namun, gergasi cedera boleh bangkit menjadi amat berbahaya.



Dari sudut ini, Tampines, wakil tunggal Singapura ke Liga Juara-Juara Asia tahun ini, mungkin ada kelebihan.



Selepas memulakan liga dengan baik, Tampines kehilangan form dan tewas dua kali, menyebabkan ia jatuh ke tangga keempat liga, empat mata di belakang pendahulu Albirex Niigata.



Namun, jika nasib menyebelahinya dan pemainnya berganding dengan baik, Tampines boleh menyajikan hiburan hebat di padang.



Apabila menjadi, cara permainan 'Gavin-Ball', yang dibentuk jurulatih Gavin Lee - berdisiplin semasa bertahan dan kreatif menggunakan padang apabila menyerang - menarik untuk dilihat.



Namun, Tampines musim ini tidak sekuat pasukan musim lalu, terutama di barisan depan.



Lee masih belum berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain pertahanan nasional Amirul Adli dan Tampines telah dibolosi 12 gol dalam enam perlawanan setakat ini - kadar dua gol setiap perlawanan.



Berbanding form musim lalu, di mana ia hanya dibolosi 11 gol sepanjang musim dan tewas sekali dalam 14 perlawanan, yang perlu dilakukan Lee ketara, terutama sebelum pasukannya memulakan kempen Liga Juara-Juara pada Jun ini.



Selepas perlawanan terakhir, apabila ia tewas 2-1 kepada Albirex, Lee berkata pemainnya terjejas akibat cuaca panas.



Mungkin, perlawanan yang dimulakan lebih lewat untuk membolehkan pemain Muslim berbuka puasa pada Ramadan ini akan membantu Tampines.



Jika Tampines kurang konsisten, keadaan di Geylang pula boleh dikatakan kronik.



Bak helang patah sayap, Geylang sekarang terperuk di tangga ketujuh liga, di bawah Tanjong Pagar, yang mencapai kemenangan pertama minggu lalu, dan di atas pasukan 'budak hingusan' Young Lions di tangga corot.



Kedudukan liga yang mengaibkan ini pasti tidak dijangka oleh jurulatih Mohd Noor Ali, yang mendapatkan dua pemain import berkaliber - Matheus Moresche dan Sylvano Comvalius.



Namun, kecederaan kepada beberapa pemain tunggak pasukan itu - Yuki Ichikawa, Faizal Roslan dan Barry Maguire - menimbulkan masalah kepada Geylang dan diharap masalah itu telah mencapai kemuncaknya selepas perlawanan terakhirnya, menentang Lion City Sailor.



Geylang dibelasah 8-0 oleh Sailor, dan kini Noor Ali perlu bukan memastikan pemainnya beraksi lebih baik sahala, malah menyemarakkan semula semangat mereka yang hilang.



Dalam pada itu, tiga lagi perlawanan dijadualkan hujung minggu ini.



Tanjong Pagar, yang semangat pemainnya meningkat selepas menewaskan Young Lions 4-0, bertemu Albirex esok. Keputusan perlawanan ini dijangka berpihak pada Albirex, tetapi tiada yang pasti dalam bola sepak.



Hougang United - pasukan kejutan musim ini - akan bertemu Young Lions, sementara Sailors bertemu Balestier Khalsa malam esok.




PERLAWANAN AKAN DATANG



HARI INI:



- Tampines Rovers lwn Geylang International, Our Tampines Hub



ESOK:



- Tanjong Pagar lwn Albirex Niigata, Stadium Jurong East



- Hougang United lwn Young Lions, Stadium Hougang



AHAD



- Lion City Sailors lwn Balestier Khalsa, Stadium Jalan Besar



24 APRIL



- Hougang United lwn Lion City Sailors, Stadium Hougang



- Tanjong Pagar lwn Tampines Rovers, Stadium Jurong East



24 APRIL



- Balestier Khalsa lwn Albirex Niigata, Stadium Toa Payoh



- Young Lions lwn Geylang International, Stadium Jalan Besar



Semua perlawanan bermula 8.30 malam. Siaran langsung perlawanan boleh disaksikan di saluran YouTube dan Facebook Liga Perdana Singapura; dan saluran sukan SingTel TV dan StarHub TV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >