Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Dua gol Mahrez bawa Man City ke final

May 06, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata memimpin pasukan itu ke final Liga Juara-Juara Eropah buat julung-julung kali membuat semua cabaran yang dilaluinya sejak menyertai kelab itu lima tahun lalu lebih bermakna.



Dua gol yang dijaringkan oleh Riyad Mahrez memberi City kemenangan 2-0 dan kemenangan agregat 4-1 ke atas Paris St-Germain di Stadium Etihad semalam.



Ini bermakna City masih berpeluang memenangi dua lagi trofi musim ini untuk menambah kepada Piala Carabao yang dimenanginya bulan lalu.



Ia hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk memenangi Liga Perdana England (EPL) dan kini berpeluang besar menjulang Liga Juara-Juara.



"Ia satu perkara menakjubkan," kata Guardiola.



"Orang fikir melangkah ke final Liga Juara-Juara adalah satu perkara mudah.



"Tapi kami berjaya menjaringkan gol yang menembusi tembok pertahanan pada separuh akhir pertama dan tadi, percubaan Marquinhos pada separuh masa pertama terkena palang gol.



"Kejadian remeh seperti ini boleh menentukan sama ada anda mara atau tersingkir daripada pertandingan," ujar Guardiola.



"Dahulu, Manchester United memenangi Liga Juara-Juara selepas John Terry tergelincir, dan ia menjaringkan gol pada minit-minit terakhir dalam perlawanan menentang Bayern Munich.



"Real Madrid pula memenangi kejuaraan sama selepas menjaringkan gol dalam minit ke-93 semasa menentang Atletico Madrid di final.



"Pertandingan ini begitu sukar dan ia tidak bergantung pada keupayaan sahaja, malah takdir."



Sebelum ini, City di bawah Guardiola tersingkir di peringkat suku akhir kepada Lyon, Tottenham Hotspur dan Liverpool.



Ia juga tewas dalam peringkat kalah mati pertama kepada Monaco pada musim pertama Guardiola di City.



Ini musim ke-10 berturut-turut City beraksi dalam Liga Juara-Juara dan hanya sekali sahaja ia sampai separuh akhir, apabila ia tewas 0-1 kepada Real Madrid pada musim 2015-16, di bawah kepimpinan Manuel Pellegrini.



Pada separuh akhir pertama di Paris, City ketinggalan satu gol selepas Marquinhos menanduk masuk gol pertama perlawanan, tetapi ia berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan itu 2-1, dengan Mahrez menjaringkan gol kemenangan.



Semalam, Mahrez sekali lagi menjadi wira pasukan, menjaringkan gol pertama pada minit ke-11 sebelum menggandakan jaringannya pada pertengahan separuh masa kedua.



Mengulas mengenai kekalahan pasukannya, pengurus Mauricio Pochettino berkata beliau enggan menggunakan alasan mereka tewas kerana ketiadaan penyerang azimat Kylian Mbappe.



Mbappe, 21 tahun, mengalami kecederaan betis dan hanya diturunkan di bangku simpanan.



"City layak menang kerana mereka tajam di depan gol," ujar Pochettino



"Saya mengucapkan tahniah kepada City. Mereka sedang melalui musim hebat."



Beliau menambah: "Ketiadaan Mbappe bukan satu alasan. Kami kalah dan menang sebagai sebuah pasukan. Tentunya, ketiadaaannya tidak membantu kami tapi ia bukan sebab yang bernas.



Lagipun pasukan beraksi dengan baik dalam perlawanan, mencipta beberapa peluang dan menguasai sebahagian perlawanan dari mula.



"Akhirnya, mereka berjaya menjaringkan gol yang dihasilkan daripada hantaran jauh, semasa kami sedang mengasak benteng mereka.



"Kadangkala, anda perlukan sedikit tuah untuk memenangi perlawanan bola sepak.



"Pemain kami kecewa kerana mereka bermain mengikut rancangan. Namun kami perlukan sedikit tuah dalam perlawanan seperti ini." - Agensi berita.




"Akhirnya, mereka berjaya menjaringkan gol yang dihasilkan daripada hantaran jauh, semasa kami sedang mengasak benteng mereka. Kadangkala, anda perlukan sedikit tuah untuk memenangi perlawanan bola sepak. Pemain kami kecewa kerana mereka bermain mengikut rancangan. Namun kami perlukan sedikit tuah dalam perlawanan seperti ini."
- Mauricio Pochettino, Pengurus Paris St-Germain.



"Orang fikir melangkah ke final Liga Juara-Juara adalah satu perkara mudah... tadi, percubaan Marquinhos (pemain PSG) pada separuh masa pertama terkena palang gol. Kejadian remeh seperti ini boleh menentukan sama ada anda mara atau tersingkir daripada pertandingan. Pertandingan ini begitu sukar dan ia tidak bergantung pada keupayaan sahaja, malah takdir."
- Pep Guardiola, pengurus Manchester City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >