Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Dua jaguh negara tumbang mengejut

Apr 27, 2014 | 06:00 AM



DUA pesilat nasional mengalami kekalahan mengejut dalam Kejohanan Pencak Silat Nasional ke-39 apabila tewas tipis 2-3 di tangan lawan masing-masing semalam.


Bagaimanapun, tujuh lagi jaguh dan puteri silat negara tidak mengalami masalah mara ke final yang bakal diadakan di Dewan Sukan Jurong East mulai 2 petang esok.


Muhd Ridhwan Selamat, pesilat daripada perguruan ESHA yang mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam Kelas A, tewas kepada Sufyan Shah Abd Rahim daripada Seligi Tunggal Angkatan di peringkat separuh akhir.


Turut tumbang ialah Nurshahrin Shahrudin, pesilat nasional dalam Kelas D, yang tewas kepada Muhd Salihin Zainal daripada Al-Haq.


Bagaimanapun, tujuh lagi rakan pesilat mereka dalam pasukan negara tidak menghadapi masalah menewaskan lawan masing-masing.


Juara Sukan SEA Myanmar, Md Nur Alfian Juma'en, daripada Seni Grasio, menewaskan Muhd Isamuddin Zainal, daripada Al-Haq, dalam Kategori Senior F.


Dalam Kategori Senior H, juara dunia, Muhd Shakir Juanda, juga daripada Seni Grasio, mengalahkan Raffiee Jasni, daripada Sunda Pajajaran.


Turut menang dalam peringkat separuh akhir semalam ialah Muhd Shamil Juanda, Mohamad Elyasak Said, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin dan Md Saifullah Md Juraimi.


Dalam bahagian wanita, puteri silat nasional, Nurul Suhaila Mohd Saiful, daripada perguruan Sendeng Pukulan, mengatasi Nur Hizriani Roslan daripada Seni Grasio 4-1.


Mengulas tentang persembahan anak didiknya semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) yang juga pengurus pasukan nasional, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata secara keseluruhan pesilat negara yang tewas tidak boleh memberi alasan atas kekalahan mereka.


''Tidak ada sebab mereka kalah kerana mereka sebenarnya berlatih setiap hari. Tetapi saya mengambil kira faktor-faktor semasa seperti musim peperiksaan sekarang ini kerana sebilangan pesilat kami sedang menuntut di universiti dan politeknik.


''Ada juga di antara mereka yang tewas berasa tertekan kerana mereka pesilat negara dan perlu membuktikan kemampuan mereka mencatat kemenangan.


''Tetapi ada juga yang mengambil pendekatan sambil lewa dan relaks sahaja memandangkan ini hanya kejohanan peringkat nasional,'' ujar Sheik Alau'ddin.


Sebahagian acara final kejohanan tersebut diteruskan semalam dan disambung hari ini mulai 2 petang.


  • Nota: Kami tidak dapat melaporkan keputusan sebahagian pertandingan peringkat akhir Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan ke-39 yang berlarutan hingga lewat semalam kerana akhbar ini dicetak lebih awal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >