Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Dua jurulatih dalam kes gaduh didapati bersalah

Jurulatih Lion City Sailors dan Tampines Rovers akan dijatuhi hukuman Rabu ini
Aug 06, 2022 | 05:30 AM



KEDUA-DUA jurulatih yang terlibat dalam insiden pergaduhan di perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) baru-baru ini telah didapati bersalah bagi kelakuan ganas.



Hukuman mereka, bagaimanapun, akan diumumkan Rabu, 10 Ogos nanti.



Selepas perbicaraan yang berlangsung hampir tiga jam di Stadium Jalan Besar malam kelmarin, jawatankuasa disiplin (DC) Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengekalkan tuduhan terhadap ketua jurulatih Lion City Sailors Kim Do-hoon dan penolong jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin.



Pasangan itu telah berkelahi di akhir perlawanan SPL melibatkan pasukan masing-masing pada 24 Julai, dengan Kim dilihat menyondol penolong jurulatih Tampines, Mustafic di penghujung perlawanan.



Mustafic kemudian bersemuka dengan Kim, bekas pemain nasional Korea Selatan, selepas wisel penamat dan tangannya dilihatmencengkam leher Kim.



Kedua-dua kelab itu juga didapati bersalah atas tuduhan tambahan kerana kelakuan pemain masing-masing, yang terlibat dalam pertengkaran dan insiden tolak-menolak menyusuli insiden antara kedua-dua jurulatih itu.



Satu lagi tuduhan yang dikenakan ke atas Sailors, berhubung kelakuan peminat mereka pula digugurkan.



Pengerusi DC, K. Bala Chandran berkata:



"Kami membebaskan mereka daripada tuduhan itu... kerana ia tidak terbukti, berdasarkan fakta.



"Kami telah meminta (kedua-dua kelab) untuk memberi jawapan kepada kami... berhubung sebarang mitigasi atau perwakilan yang mereka mahukan sebelum DC membuat keputusan (mengenai tindakan yang berlaku).



"DC akan membuat keputusan pada hari Rabu".



Pada kira-kira 6.40 petang kelmarin, Fahrudin yang diiringi oleh pengerusi Stags, Desmond Ong dan ketua jurulatih, Gavin Lee, sudah berada di dalam Stadium Jalan Besar.



Mereka berada di bilik menunggu, menunggu prosiding bermula.



Kim muncul sejurus selepas 7 malam.



Pengarah sukan Sailors, Badri Ghent, adalah antara wakil kelab di perbicaraan itu yang pada asalnya dijadualkan pada Khamis, 28 Julai lalu.



Namun, FAS mengumumkan penangguhannya hanya beberapa jam sebelum ia dijadualkan berlangsung.



Ini setelah DC bersetuju dengan permintaan Sailors agar memberikan mereka lebih banyak untuk "menyiasat fakta sebelum... membentangkan kes mereka".



Urutan kejadian ini mengundang kemarahan Ong dan beliau berkata kelabnya hairan dengan keputusan itu dan "terkejut" dengan cara ia disampaikan kepada mereka.



Mereka menerima pemberitahuan rasmi lebih empat jam selepas kenyataan media dikeluarkan oleh FAS dan meminta "penjelasan segera".



Dalam kes kelakuan ganas sebelum ini yang melibatkan jurulatih dan pemain setempat, FAS telah melaksanakan pelbagai hukuman termasuk denda setinggi $10,000 dan penggantungan bagi tempoh beberapa perlawanan hingga 15 bulan.



DC ialah panel bebas yang memantau semua kes disiplin yang dibentangkan kepadanya.



Semua dapatan, huraian dan hukuman yang dikenakan oleh DC diputuskan tanpa penglibatan majlis atau sekretariat FAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >