Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN ASIA

Dua Korea bersatu di gelanggang

Aug 26, 2018 | 05:30 AM



DI dalam gelanggang bola keranjang, jika anda tidak pernah melihat mereka, anda mungkin tidak mampu membezakan antara Ro Suk Yong atau Yung-hui Lim.



Anda juga mungkin tidak mampu tahu, antara kededua wanita ini yang bermain untuk pasukan yang sama, jika mereka membesar dengan mengibarkan bendera negara yang berbeza, mahupun mengenal pasti siapakah tiga pemain dalam pasukan Korea Bersatu yang berasal dari Korea Utara.



Namun jika anda memikirkan hal ini kembali, mungkin lebih wajar anda tidak dapat membezakan antara Utara dan Selatan kerana tentunya itulah idea yang tercetus untuk pasukan ini. Ini kerana pada dasarnya mereka adalah sama.



Ketika perlawanan menentang India pada 20 Ogos lalu, perlawanan tersebut membawa pengertian yang lebih mendalam. Menukil laporan The Straits Times (ST), ia membawa makna 'harapan' dan 'sarat dengan simbolisme'.



Berpakaian kemeja-T putih yang dihiasi dengan sebuah peta Semenanjung Korea berwarna biru serta kata-kata "One Dream. One Korea." (Satu Impian. Satu Korea.), penyokong Korea Besatu berada di Dewan Bola Keranjang Gelora Bung Karno untuk memberikan sorakan padu kepada pasukan mereka.



Laungan "We are One" (Kami Bersatu) bergema di dalam dewan tersebut yang turut dihiasi dengan sepanduk yang tertera dengan ungkapan yang serupa.



Cik Choi Eu-na, salah seorang penyokong Korea Bersatu yang sempat ditemui wartawan ST yang membuat liputan di Jakarta bagi Sukan Asia 2018, berkata seramai 120 dari mereka berasal Korea Selatan, manakala 30 yang lain berasal dari Korea Utara.



Beliau menganggap pasukan yang ditubuhkan itu sebagai satu "idea yang bernas".



Apabila disoal oleh wartawan ST mengapa beliau berkata demikian, Cik Choi menjawab; "Kerana sebelum ini Korea ada satu negara, tetapi kami berpisah. Kami ingin menjadi satu Korea kembali. Kami ingin mencorak peluang ini sekali lagi."



Itulah yang sedang dilakukan pasukan bola keranjang wanita Korea Bersatu ketika berada di dalam gelanggang.



Pasukan ini nampak seperti terlalu tulen untuk menjadi sebuah gimik, dan ia juga bagaikan satu kenyataan yang sukar ditolak.



Wartawan sukan dari Yonhap News Agency, Encik Yoo Jee-ho berkata rata-rata reaksi oleh rakyat Korea terhadap gabungan pasukan ini mendapat reaksi yang positif.



"Ini merupakan satu pasukan bersatu yang telah dibincang dan diperbualkan buat sekian lama," ujar beliau.



Saranan untuk menubuhkan sebuah pasukan gabungan telah dikemukakan sekitar April lalu, dan pada Julai lalu, tiga pemain Korea Utara telah dipilih untuk menyertai pasukan tersebut.



Keharmonian pasukan menjadi antara cabaran untuk jurulatih dan dari segi pasukan Korea Bersatu ini, komunikasi antara pemain sewaktu berada di gelanggang merupakan cabaran terbesar.



Biasanya, pemain Korea Selatan akan menggunakan istilah permainan dalam bahasa Inggeris seperti 'rebound' dan 'screen', namun pemain Korea Utara hanya menggunakan dialek mereka sendiri untuk berkomunikasi.



Bagaimanapun, sebagai pemain bola keranjang, "bahasa utama" yang mereka semua fahami adalah "bahasa bola keranjang".



Jika mereka berjaya membawa pulang pingat di Sukan Asia ini, Korea Utara ataupun Selatan tidak berhak mendakwa pasukan mereka yang telah meraih kejayaan, kerana kejayaan tersebut dimiliki bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >