PENCAPAIAN terbaiknya ialah nombor 11 - baik di perlumbaan pertama di Sepang, Malaysia, pada April lalu mahupun di perlumbaan kedua yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, pada awal bulan ini.
Jadi, pastinya, penunggang berbakat negara, Muhammad Hasroy Osman, berharap dapat memperbaiki kedudukannya apabila bersaing di perlumbaan ketiga di Litar Suzuka, Jepun, dalam siri perlumbaan motosikal Asia Dream Cup 2015 yang dijadualkan pada hujung minggu depan.