SWANSEA (United Kingdom): Erik Lamela dan Dele Alli mahu terus mengekalkan form dinamik mereka yang telah menjadikan mereka popular dalam kalangan penyokong Tottenham Hotspur apabila mereka berkunjung ke Swansea hari ini.
Pasukan pimpinan Mauricio Pochettino baru kalah sekali dalam sembilan perlawanan dalam semua pertandingan dan akan ke Stadium Liberty, dibuai kejayaan membelasah Manchester City 4-1 dalam perlawanan liga mereka yang terakhir.