Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN PIALA SUZUKI

Dua pertarungan bagi Singa asah 'taring'

Nov 08, 2016 | 05:30 AM



SKUAD bola sepak nasional yang selamat pulang daripada latihan lima hari di Doha, Qatar, kelmarin, kini menumpukan perhatian pada misi terbesarnya tahun ini - kejohanan Piala Suzuki AFF yang bermula 10 hari lagi.



Diundi dalam Kumpulan A, Singa akan membuka tirai cabaran Piala Suzuki dengan menentang negara tuan rumah, Filipina, pada 19 November ini. Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah Thailand dan Indonesia.



Namun, sebelum perlawanan pembukaan penting itu, pasukan pimpinan V. Sundramoorthy ini berpeluang mengasah 'taring' dalam dua perlawanan ujian terakhir - menentang Syria di Negeri Sembilan esok dan menentang Kemboja di Stadium Bishan empat hari kemudian.



Selain kesempatan bagi Sundram memperhalusi kombinasi dan taktik permainan, dua ujian itu penting bagi Singa menemui semula sentuhan berbisa di hadapan gawang sebelum bertolak ke Filipina.



Singa, juara Piala Suzuki empat kali, sekadar menyumbatkan tiga gol dalam enam perlawanan terakhirnya, termasuk gagal menyumbatkan gol semasa seri 0-0 dengan Malaysia dalam Cabaran Causeway dan kalah 0-2 dengan Hongkong bulan lalu.



"Tentu sekali kami mahu menemui semula sentuhan jaringan kami," ujar penyerang veteran nasional Khairul Amri Kamal. "Kami juga perlu menunjukkan semangat juang tinggi... mahu memenangi bola atau bersaing merebut bola dalam setiap perlawanan.



"Sekalipun keputusan baru-baru ini tidak menyebelahi kami, saya fikir daripada segi semangat berpasukan dan taktik permainan, segalanya begitu baik dan kami memang bersemangat mahu mencatatkan keputusan yang baik," ujar Amri, salah seorang daripada empat anggota 'Kelab Centurion' dalam skuad Singa pimpinan Sundram.



'Kelab Centurion' ialah senarai elit pemain setempat yang berjaya membuat penampilan sebanyak 100 kali bagi pasukan nasional tahun lalu.



Harapan yang sama dilahirkan rakan sepasukan veteran dan tunggak pertahanan Baihakki Khaizan.



"Saya berharap kami akan mula menjaringkan gol secara kerap dan menjadikan perlawanan-perlawanan ujian ini bagi mempertingkat kesefahaman dalam pasukan.



"Saya yakin barisan pemain penyerang kami akan menyerlah di medan pertandingan besar," ujar Baihakki, seorang lagi anggota 'Kelab Centurion' selepas menyarungi jersi negara sebanyak 127 kali sejauh ini.



Dua perlawanan persabahatan antarabangsa ini juga dijangka 'ujian' penting bagi para pemain merebut tempat dalam skuad ke Piala Suzuki.



Daripada 28 pemain dalam senarai awal ini, Sundram akan menamakan skuad seramai 23 pemain untuk dibawa ke Filipina selepas pertemuan dengan Syria dan Kemboja.



"Ini peluang terakhir bagi pemain menunjukkan kepada saya akan kesungguhan, keupayaan dan semangat mereka mahu dipilih ke dalam skuad Piala Suzuki.



"Dua perlawanan ini akan menentukan sama ada mereka dipilih atau tidak," ujar Sundram.




Sokong Singa



PEMINAT yang ingin menyokong Singa menentang Syria di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan, esok boleh menyertai rombongan Akbar Hashim.



Akbar menawarkan pakej 'pusingan-U' (perjalanan pulang selepas perlawanan) yang berharga $50 melalui koc VIP. Rombongan dijadual bertolak 7.30 pagi esok.



Keterangan lanjut boleh didapatkan dengan menghubungi Akbar di talian 9664-4942.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >