Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Durian runtuh' bagi De Gea jika 'bersabar' di Old Trafford musim ini

Aug 17, 2015 | 07:24 PM



LONDON: David De Gea akan diberi sejumlah £12 juta ($26.5 juta) sebagai yuran pemindahan oleh Real Madrid sekiranya beliau beliau menamatkan tahun terakhir kontraknya dengan Manchester United.


Kelab gergasi Sepanyol itu amat terdesak untuk mendapatkan penjaga gawang United tersebut dalam tempoh pemindahan pemain sekarang, tetapi terdapat insentif kewangan yang besar bagi De Gea untuk berpindah secara percuma tahun depan.


Ini boleh mengakibatkan United mengalami kerugian besar kerana mereka akan terlepas bayaran yang tinggi untuk De Gea jika mereka terus berkeras enggan melepaskannya.


Real sedia membayar £25 juta untuk De Gea pada musim panas sekarang, tetapi United mahu harga yang lebih tinggi, iaitu melebihi £35 juta.


Pengurus United, Louis van Gaal, sudah pun marah-marah kerana mereka tidak mendapat Sergio Ramos sebagai sebahagian daripada persetujuan menjual De Gea.


Jelas sekali Ramos telah mengambil kesempatan daripada minat United terhadap beliau sebagai alat untuk berunding bagi kontrak baru dengan Real dan kini kelihatan hampir pasti akan kekal di Bernabeu.


De Gea mahu ke Real dan para penasihatnya tahu apakah tawaran yang ada jika beliau berpindah pada musim panas sekarang - atau sekiranya beliau terpaksa menunggu hingga musim panas tahun depan.


Difahamkan juga bahawa beliau tidak berapa suka dengan saranan bahawa beliau tidak mahu bermain untuk United dalam tempoh pertikaian pemindahan ini dan menegaskan beliau sedia turun padang.


Keputusan van Gaal untuk menyebarkan kepada umum mengenai perkara itu juga telah mengakibatkan penjaga gawang antarabangsa Sepanyol itu mula menjadi kurang popular di kalangan penyokong United.


De Gea, 24 tahun, kecewa bahawa hubungannya dengan peminat United kini terancam, tetapi beliau akhirnya memang mahu kembali ke negara asalnya.


Real berazam mahu mendapatkan beliau dalam tempoh pemindahan pemain sekarang, tetapi adalah jelas mereka akan menunggu hingga tahun depan apabila mereka boleh mendapatkan pemain berkenaan secara percuma.


Itu bermakna membayar pemain tersebut dan bukannya United yang mendapat bayaran lumayan.


Tawaran lumayan yang menanti De Gea di Real bermakna penjaga gawang tersebut sudah pasti akan meninggalkan Old Trafford, cuma soalnya sekarang ialah bila dan untuk berapa juta paun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >