Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ejen sukan didakwa tipu $87,300 libat tiket bola sepak, konsert

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



BEKAS ejen sukan Mohamed Hafidz Ja'afar telah didakwa atas tuduhan menipu beberapa orang untuk membeli tiket perlawanan bola sepak dan konsert muzik palsu, pelaburan dan pakaian sukan.



Jumaat lalu, lelaki berusia 38 tahun itu didakwa dengan 21 tuduhan menipu bagi kesalahan yang dikatakan, berlaku antara November 2017 dengan Julai 2019.



Jumlah wang yang didakwa ditipu berjumlah sekitar $87,300.



Sebanyak 13 tuduhan melibatkan dakwaan bahawa Hafidz telah mengambil wang daripada beberapa individu yang membeli tiket bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) - sebuah kejohanan bola sepak pameran - di Singapura pada 2019 daripadanya, tetapi gagal mengotakan janji itu.



Edisi ICC 2019 di Singapura menampilkan kelab Eropah - Mancheser United, Tottenham Hotspur, Juventus dan Inter Milan.



Hafidz turut dituduh menipu individu lain untuk membayar bagi tiket konsert U2 pada 2019, pelaburan dan pakaian sukan, yang termasuk pakaian dan kasut trialton.



Dia dijangka kembali ke mahkamah pada 8 Oktober.



Bagi kesalahan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Hafidz adalah bekas jurucakap juara Sukan Olimpik Joseph Schooling, membantu keluarga Schooling dengan pertanyaan media berikutan kemenangan perenang itu di Sukan Rio 2016.



Dia juga pernah bekerja secara sambilan di sekolah renang Schooling, yang dikenali sebagai Swim Schooling, tetapi kontrak pekerjaannya dihentikan setelah laporan mengenai penipuan tiket ICC-nya timbul pada Julai 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >