PANDANGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

Elok juga jika Stange diberi peluang 'sempurnakan' misi

Usah jadikan jurulatih nasional 'kambing hitam' bagi segala yang tidak kena dengan bola sepak Singapura

BERBANDING kekalahan memalukan yang menimpa Malaysia dan Myanmar dalam kelayakan Piala Dunia 2018 kelmarin, skuad bola sepak Singapura masih boleh 'angkat muka' selepas bersaing hebat sebelum tewas tipis 0-1 kepada Syria di Stadium Sultan Qaboos, Oman, dinihari semalam.

Ia kekalahan pertama Singa dalam kelayakan Kumpulan E ini selepas tiga perlawanan tetapi dari segi semangat juang dan prestasi yang dipamerkan, ia boleh dianggap antara yang terbaik sejak Bernd Stange dilantik jurulatih nasional dua tahun lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan