Empat pemain jadi tumpuan, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

PREVIU CROATIA LAWAN ENGLAND

Empat pemain jadi tumpuan

Jul 11, 2018 | 05:30 AM

1. RAHEEM STERLING

Penyerang Manchester City ini masih belum menemui sasaran bagi England sepanjang Piala Dunia ini - beliau hanya menjaringkan dua gol dalam 42 penampilan bersama 'The Three Lions'.

Ini berbanding rekod jaringannya yang cemerlang - menyumbatkan 23 gol musim lalu yang menyaksikan Manchester City ditabal juara England.

Kali terakhir Sterling, 23 tahun, menjaringkan gol bagi England ialah pada Oktober 2015.

Tetapi sekalipun kurang menyengat di hadapan gawang, beliau tetap antara pemain penting pasukan pimpinan Gareth Southgate melalui larian-lariannya yang bijak dari atas padang yang kerap memperdayakan benteng pertahanan lawan.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Alangkah hebatnya jika Sterling dapat menamatkan 'kemarau' panjangnya dan membantu England ke final Piala Dunia ini!

2. DEJAN LOVREN

Kepantasan Sterling mungkin menyukarkan lagi tunggak bek tengah Croatia, Dejan Lovren dan Domagoj Vida - kededuanya tidak dikenali dengan kelincahan mereka di padang.

Lovren mungkin masih dihantui persembahan hambar bagi Liverpool semasa kekalahan 1-4 kepada Tottenham Hotspur yang diterajui penyerang England, Harry Kane, di Wembley pada Oktober lalu.

Malah Lovren digantikan awal dan mungkin merupakan 'kelemahan' yang dicari-cari Southgate dalam usaha menghukum skuad Croatia yang berbakat ini.

3. HARRY KANE

Bercakap mengenai kapten England, Kane, beliau hanya memerlukan satu lagi gol untuk muncul sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia.

Kane kini berkongsi penghormatan itu dengan bekas penyerang England, Gary Lineker, yang menjaringkan enam gol di Piala Dunia Mexico 1986.

Bercakap selepas kejayaan pasukannya melangkah ke separuh akhir, Kane berkata beliau bersedia "untuk menjadi inspirasi orang ramai" dalam usaha England menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia buat pertama kali sejak 1966.

4. GANDINGAN LUKA MODRIC-IVAN RAKITIC

Menjadi lawan di peringkat kelab, Luka Modric dari Real Madrid dan Ivan Rakitic dari Barcelona merupakan kawan baik yang keserasian mereka di tengah padang merupakan antara sebab yang membawa Croatia ke pusingan separuh akhir ini.

Selain memiliki visi cemerlang membuat hantaran-hantaran tepat kepada para penyerang pasukan, Modric turut mampu mencari sasaran sepertimana yang dibuktikannya dengan gol yang cantik semasa menewaskan juara dunia dua kali, Argentina, di peringkat kumpulan.

Southgate dan pasukannya tentu sekali sedar bahawa mereka tidak mampu memberikan banyak masa dan ruang kepada Modric bergerak jika tidak mahu impiannya di Piala Dunia ini dilenyapkan Croatia yang seperti juga Belgium, barisan utama pasukannya boleh dianggap sebagai 'generasi emas' yang berbakat dan dahagakan kejayaan. - AFP.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map