Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Empat pemain 'senior' serta skuad negara temu Perancis

May 27, 2014 | 01:27 PM



EMPAT pemain berusia lebih 23 tahun Khairul Amri, Afiq Yunos, Izwan dan Faritz Hamid bakal disertakan dalam skuad bawah-23 tahun negara yang dijadual menentang Perancis bawah-21 tahun di Reunion Island Isnin ini.


Dua lagi pemain berusia lebih 23 tahun - Safuwan Baharudin (LionsXII) dan Yasir Hanapi (Home United) tidak dapat disertakan.


Safuwan masih menanggung kecederaan sementara Yasir tidak dilepaskan oleh kelabnya yang bakal beraksi dalam Piala Singapura RHB Jumaat ini, kata jurulatih nasional Bernd Stange.


Bercakap kepada Berita Harian, Stange berkata empat pemain itu diharap dapat mengukuhkan skuad Singapura dalam pertemuan dengan skuad Perancis yang ditaburi bintang dan dipimpin oleh bekas bintang Perancis dan Bayern Munich, Willy Sagnol.


Selain pemain pertahanan Athletic Bilbao Aymeric Laporte, 19, yang dinilai berharga sekurang-kurangnya 36 juta euro ($61 juta) dan sedang diburu oleh Barcelona, Manchester United dan Bayern Munich, penyerang Marseille Florian Thauvin, 21 tahun dan pemain pertahanan Chelsea, Kurt Happy Zouma, 19 tahun yang kini dipinjamkan kepada Saint-Etienne telah disertakan dalam pasukan Perancis muda itu.


Perlawanan di Stadium Michel Volnay itu adalah peluang terakhir untuk pasukan Singapura meyakinkan Majlis Sukan Olimpik Singapura (SNOC) supaya membenarkannya beraksi di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan yang berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.


Norman Sawi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >