SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Empat perlawanan SPL dianjak ke tarikh lebih awal

Empat perlawanan SPL dianjak ke tarikh lebih awal

Apr 10, 2021 | 5:30 AM

Empat perlawanan SPL dianjak ke tarikh lebih awal

24d3ffa5-2d98-4dd6-999d-a369fe18f31f
-

EMPAT perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) telah dianjak ke tarikh lebih awal bulan ini untuk membolehkan pasukan bola sepak nasional memulakan persiapan lebih awal bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan bagi kelayakan Piala Asia AFC 2023.

Empat perlawanan itu, yang sepatutnya dilangsungkan pada 19 Mei, telah dianjak kepada 24 April dan 25 April.

Ini bermakna Hougang United akan bertemu dengan Lion City Sailors, dan Tanjong Pagar United akan bertemu Tampines Rovers, pada 24 April.

Pada 25 April pula, Balestier Khalsa akan bertemu Albirex Niigata, sementara Young Lions akan bertemu Geylang International.

Dalam kenyataannya semalam, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata perubahan itu telah dipersetujui emua lapan kelab SPL.

Pada Jun ini, pasukan bola sepak nasional dijadual bermain tiga perlawanan kumpulan bagi kelayakan Piala Dunia 2020 dan juga beraksi dalam pusingan kedua kelayajan bagi Piala Asia 2023 di Arab Saudi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg