Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LEE KUAN YEW 1923-2015

Encik Lee Kuan Yew di muka depan majalah Time

Mar 27, 2015 | 06:39 PM



EDISI terkini majalah Time Asia menampilkan Encik Lee Kuan Yew di muka depan, menyifatkannya sebagai 'The Founding Father of Singapore' atau 'Bapa Perintis Singapura'.


Gambar yag digunakan dirakam oleh John Dominis dalam 1959, pada hari Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi pilihan raya umum, menurut satu laporan The Straits Times.


Keputusan itu menjadikan Encik Lee Perdana Menteri pertama Singapura.


Edisi majalah bertarikh 6 April itu turut menggambarkan mendiang Lee sebagai 'memberi kemakmuran kepada negara kota, dengan kebebasan sebagai harganya'.


Majalah Time Asia kali terakhir menampilkan Encik Lee di muka depan pada Disember 2005, sempena persidangan Asia Timur yang berlangsung pada tahun itu.


Rencana itu dihasilkan selepas mewawancara Encik Lee selama lebih lima jam dalam tempoh dua hari.


Pada ketika itu, Encik Lee disifatkan sebagai 'insan yang melihat segala-galanya'.


"Setiap insan yang menetap di Asia hari ini berasa mereka sedang menyaksikan sejarah ditulis," kata para editor Time pada ketika itu.


"Lee Kuan Yew ialah salah seorang daripada mereka yang boleh berkata, tanpa risau disangkal, bahawa beliau membantu menulisnya."


Majalah itu turut menggambarkan Encik Lee sebagai "pemikir teliti, bersemangat, enggan meyerah (defiant), suka mengusik, emosi dan sentiasa bersikap provokatif."


Encik Lee meninggal dunia pada 23 Mac, pada usia 91 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >