Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU FINAL EURO 2020

England bawanya pulang atau pulang tangan kosong?

Semangat Three Lions kuat kerana ini final pertamanya dalam 55 tahun, tapi Italy turun padang Wembley dengan rekod 33 perlawanan tanpa kalah
Jul 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: England terjaga daripada lena pagi Khamis lalu dengan perasaan yang tidak pernah dirasakannya sejak lebih 50 tahun lalu.



Pasukan bola sepak kebangsaannya berjaya mara ke final kejohanan antarabangsa utama bola sepak, malah dengan harapan besar menjadi juara Eropah.



Setelah hampir 55 tahun mencuba dan gagal beraksi di final sebuah kejohanan bola sepak utama - sejak memenangi Piala Dunia 1966 - berdayakah pasukan Three Lions akhirnya "membawanya pulang"?



It's Coming Home (Ia Akan Pulang) adalah sebahagian lirik lagu Three Lions bagi merai England sebagai tuan rumah Euro pada 1996 dan untuk mengenang nostalgia negara itu menjadi juara dunia pada 1966.



England belum pernah memenangi sebarang kejohanan besar sejak itu, tetapi It's Coming Home kekal menjadi slogan memberangsang setiap kali ia menyertai sesuatu kejuaraan.



Three Lions menewaskan Denmark 2-1 awal pagi Khamis lalu di Stadium Wembley setelah kapten Harry Kane menjaringkan penalti dalam masa tambahan, sekali gus merampas peluang menentang Italy awal pagi esok (waktu Singapura) dalam final Euro 2020.



Pasukan kendalian Gareth Southgate itu berdepan ujian besar apabila berdepan pasukan Azzuri pimpinan Roberto Mancini nanti.



Italy sudah tentu mahu menghalang England meraih pencapaian terhebat mereka sejak 1966, dan Southgate memberi amaran Italy akan menimbulkan cabaran lebih besar daripada pasukan Denmark, yang mengheret perlawanan separuh akhir mereka ke masa tambahan pada malam penuh emosi kepada penyokongnya sejak bertahun lama.



"Denmark hanya mengalami empat kekalahan daripada sekitar 30 perlawanan mereka. Rekod Italy lebih baik daripada itu," kata Southgate.



"Mereka adalah antara pasukan terbaik selama beberapa tahun terakhir ini dan kami telah mengikuti perkembangan mereka dengan teliti.



"Kami tahu cara mereka bermain. Mereka bermain dengan tenaga dan gaya hebat. Sukar untuk pasukan lawan menjaringkan gol apabila menentang mereka.



"Tanpa ragu mereka layak berada di final, mereka telah mengalahkan dua pasukan hebat, iaitu Belgium dan Sepanyol, jadi ini mungkin adalah ujian terbesar yang kami perlu harungi.



"Kami mempunyai kurang sehari untuk pulih berbanding Italy, tetapi kami harus bersiap dari sekarang. Menghadapi mereka adalah satu peluang menarik."



Perlawanan akhir ini ialah kali pertama dua pasukan ini bertemu sejak perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1 di Wembley pada Mac 2018.



Perlawanan tersebut menyaksikan Jamie Vardy menjaringkan gol pembukaan buat Three Lions sebelum Azzuri menjaringkan gol penyamaan menerusi Lorenzo Insigne pada minit ke-87.



Kali terakhir dua negara ini bertemu di pentas kejohanan utama ialah sewaktu Italy menewaskan England 2-1 dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil.



Italy juga mengalahkan England pada pusingan suku akhir Euro 2012 menerusi penalti penentuan di Kyiv, Ukraine.



Pasukan Three Lions kalah kepada Azzurri dalam tiga pertemuan terakhir mereka.



Kemenangan terakhir England ialah dalam perlawanan persahabatan pada Ogos 2012, dengan Jermain Defoe menjaringkan gol kemenangan 2-1.



Italy gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018, namun prestasi mereka terus meningkat sejak bekas pengurus Manchester City Roberto Mancini mengambil alih jawatan sebagai jurulatih pasukan kebangsaannya pada 2018.



Mereka masuk ke padang Wembley dengan rekod 33 perlawanan tanpa kalah dan telah membina momentum sepanjang Euro 2020 sejak kemenangan pada perlawanan pembukaan mereka menentang Turkey.



Selepas mengatasi Belgium, pasukan nombor satu dalam ranking dunia, dan kemudian Sepanyol, juara Eropah sebanyak tiga kali, keyakinan tinggi dalam skuad Italy.



Mancini percaya pasukannya telah membuktikan mereka masih antara pasukan terbaik dalam kejohanan ini.



"Hampir setiap orang tidak percaya bahawa kami dapat melakukannya, dan kami tetap berjaya ke final," kata Mancini.



"Ada perlawanan yang anda harus menderita. Semuanya tidak semudah seperti yang diharapkan setelah kita melangkah ke peringkat seterusnya.



"Kami tahu setiap perlawanan mendatang adalah cabaran tersendiri. Sebab itulah pemain dan mereka yang bekerja dengan pasukan ini sejak tiga tahun lalu layak mendapat pujian kerana perjalanan ini tidak mudah."



Perlawanan esok adalah final kejohanan utama ke-10 buat Azzurri, dan perlawanan final kejohanan Eropah keempat mereka.



Mancini telah membina pasukan Italy yang lebih terbuka dan tidak gentar melakukan serangan berbanding pasukan Azzurri lama, tetapi mereka mengekalkan ciri utama pasukan itu - benteng pertahanan kukuh yang menjadikan mereka begitu berjaya pada masa lalu.



Dan dengan pasangan pemain veteran Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci sebagai tunggak pertahanan Italy, England mempunyai tugas berat untuk meruntuhkan benteng itu.



"Italy telah menunjukkan prestasi luar biasa dan mempunyai beberapa pemain pertahanan hebat yang telah melalui segala-galanya," kata Southgate.



"Perlawanan akhir ialah untuk dimenangi. Kami harus mengatur semula pasukan kami dan memastikan kami bersedia bagi perlawanan itu."



Penyokong England juga telah membuat persiapan untuk berpesta sekiranya pasukan kebangsaan mereka "membawa ia pulang" akhirnya. - Agensi berita.




ENGLAND lawan ITALY

3 pagi esok waktu SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >