PIALA DUNIA WANITA
England di tempat ketiga lepas atasi Jerman
Jul 06, 2015 | 05:30 AM
EDMONTON (Canada): Sepakan penalti pada minit ke-108 oleh Fara Williams memberikan England kemenangan tipis 1-0 ke atas Jerman dan tempat ketiga di Piala Dunia Wanita kelmarin.
Ia merupakan kemenangan pertama England, yang mempunyai ranking keenam, ke atas Jerman, pasukan nombor satu dunia.