Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

England disekat Hungary; perlawanan dicemari keganasan penyokong

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Penyokong bola sepak Hungary bertempur dengan polis sejurus selepas perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia dengan England bermula di Wembley kelmarin.



Sebahagian penyokong Hungary, yang berjumlah sekitar 1,000, mengejek pemain England yang berlutut di padang sebelum wisel permulaan - aksi yang melambangkan pergerakan bagi menentang isu perkauman.



Polis Metropolitan, dalam kenyataannya, berkata:



"Pegawai polis telah memasuki bahagian stadium yang dipenuhi penyokong Hungary untuk menangkap seorang penonton yang melontarkan kata-kata kesat berbaur perkauman kepada seorang pengawal.



"Gangguan tercetus semasa pegawai polis membuat penangkapan itu."



Perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan 1-1 selepas John Stones menyamakan kedudukan bagi England.



Ini menyusuli gol pembukaan Hungary yang dijaringkan oleh Roland Sallai menerusi tendangan penalti.



Persatuan Bola Sepak (FA) England berkata ia akan menyiasat dan melaporkan insiden itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).



Diminta mengulas mengenai insiden tersebut selepas wisel penamat, pengurus England Gareth Southgate berkata beliau tidak sedar kejadian yang serius sedemikian telah berlaku.



"Saya hanya tahu perkara ini apabila anda mengajukan soalan ini," kata beliau semasa diwawancara oleh BBC.



"Saya tahu ada sedikit gangguan di tempat penyokong dan saya tahu perbuatan sebahagian penonton tidak boleh diterima. Tapi baru saat ini saya tahu betapa seriusnya keadaan tersebut."



Penyokong Hungary, termasuk ramai yang memakai kemeja-T hitam yang biasa digunakan kumpulan penyokong 'ultras' di negara itu, bertempur dengan pengawal di stadium sejurus selepas permainan dimulakan, dengan polis mula bertindak dengan menggunakan baton.



Menyusuli insiden itu, ramai penyokong Hungary dilihat memanjat pagar yang memisahkan mereka dengan bahagian stadium lain dan memaksa polis keluar dari bahagian tersebut.



Ini bukan kes keganasan pertama apabila England dan Hungary bertemu.



Perlawanan pertama antara kededua pasukan di Budapest diganggu dari mula hingga akhir dengan kata-kata kesat berbaur perkauman yang dilontarkan ke arah pemain kulit hitam England.



Ekoran itu, Hungary diarahkan Fifa untuk beraksi dua perlawanan di padang sendiri tanpa penonton, tetapi pelaksaaan hukuman itu kini menjadi tanda tanya.



Wartawan BBC John Murray yang berada di stadium berkata mereka diberitahu bahawa penyokong Hungary yang hadir di stadium adalah penduduk di Britain.



"Selepas perlawanan dimulakan, kita boleh melihat ramai orang bertumbuk dan berkelakuan ganas... memang menggerunkan.



"Kejadian ganas itu berlarutan sehingga 30 minit perlawanan, sebelum dileraikan polis," ujar Murray.



Sebuah bom asap juga diledakkan selepas Sallai menjaringkan penalti untuk memberi kelebihan kepada Hungary pada minit ke-24.



Meskipun Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) telah memerintah Hungary beraksi tiga perlawanan tanpa penonton selepas penyokongnya bersikap perkauman di Euro 2020 yang lalu, penyokongnya dibenar memasuki stadium bagi kelayakan Piala Dunia kerana pertandingan itu dikendalikan Fifa.



FA Hungary telah didenda £158,400 ($250,000) dan diperintah mengadakan dua perlawanan tanpa penonton menyusuli insiden perkauman yang pertemuan pertama itu. Namun sebahagian hukuman itu ditunggak dua tahun. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >