Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

England jelak separuh akhir, Denmark yakin jinakkan '3 Singa'

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Laungan slogan 'It's coming home!' (Ia akan pulang) kian kuat kedengaran sedang England membuat persiapan bagi menentang Denmark dalam separuh akhir kejohanan bola sepak Euro 2020 malam ini (awal pagi Khamis waktu Singapura).



Dua pasukan itu akan bertembung di Wembley bagi menempah tempat di final selepas melalui laluan berbeza ke separuh akhir.



Sepanjang Euro 2020, England menunjukkan persembahan cemerlang dengan gawang pasukan kendalian Gareth Southgate ini masih belum dibolosi.



Walaupun memulakan kejohanan ini dengan rentak agak perlahan pada pusingan kumpulan - menjaringkan hanya dua gol dalam dua kemenangan dan satu keputusan seri - England meningkatkan momentum mereka dengan menewaskan Jerman 2-0 pada pusingan 16 pasukan terakhir di Wembley dan Ukraine 4-0 pada suku akhir.



Skuad Southgate dipenuhi pemain bermutu di semua ruang, dan mereka mempunyai keyakinan tinggi.



Dalam pada itu, mereka juga mempunyai kelebihan bermain di Wembley, di hadapan penyokong sendiri.



Namun, perasaan mudah berpuas hati ialah kelemahan utama England.



Meskipun mempunyai kelebihan tersebut, Southgate akur bahaya yang dihadapi pasukannya terletak pada sifat memandang remeh lawan mereka.



England belum pernah melangkah ke final kejohanan utama sejak Piala Dunia 1966, justeru tekanan dan harapan tinggi dirasakannya pada perlawanan malam ini.



Jika mereka dapat menepis gangguan dari luar padang, mereka mempunyai peluang menundukkan Denmark.



Southgate menggesa pasukannya supaya mengakhiri nasib buruk yang sering menimpa mereka pada peringkat separuh akhir dengan menewaskan Denmark dan mara ke final pertama mereka sejak 1966.



"Kami telah mengatasi nasib buruk atau rintangan yang sering kami rasakan sebelum ini," kata pengurus England itu.



"Saya rasa apa yang menarik ialah kali ini kami tidak akan berasa berpuas hati hanya dengan pusingan separuh akhir, berbanding tiga tahun lalu, walaupun ada kekecewaan besar selepas perlawanan separuh akhir, terdapat perasaan bahawa kami telah mencapai sesuatu yang hebat.



"Sekarang kami telah mengulangi kejayaan itu, tetapi tidak cukup sekadar berada di pusingan separuh akhir. Dan ini merupakan satu tanda positif."



Sementara itu, kemajuan Denmark melangkah ke pusingan ini amat menakjubkan dan mendapat pujian ramai.



Selain trauma daripada penyerang Christian Eriksen rebah di padang semasa perlawanan pembukaan menentang Finland, pasukan Kasper Hjulmand tewas dalam dua perlawanan pertama kumpulan dan memerlukan kemenangan perlawanan terakhir menentang Russia untuk mara ke peringkat kalah mati.



Namun selepas itu Denmark menewaskan Wales 4-0 dan mengalahkan Republik Czech 2-1 di suku akhir untuk mara ke separuh akhir.



Semangat kolektif Denmark sangat menonjol sejak kapten pasukan Simon Kjaer menggesa rakan sepasukannya membentuk lingkaran di sekitar Eriksen ketika beliau diberi rawatan.



Walaupun kejadian itu meningkatkan semangat kepasukanan Denmark, mereka juga telah menunjukkan bahawa mereka lebih daripada sekadar sebuah pasukan ketat.



Mereka merupakan sebuah pasukan tersusun dengan benteng pertahanan kuat, yang menampilkan penjaga gawang Kasper Schmeichel.



Jika mereka dapat menggabungkan perpaduan dengan mutu mereka dan pemain utama seperti Kasper Dolberg, Martin Braithwaite, Thomas Delaney dan Yussuf Poulsen dapat mempamerkan persembahan baik, Denmark mempunyai peluang untuk melakar kemenangan.



Ia kini menjadi pasukan pilihan kedua dalam Euro 2020 dan Hjulmand berharap pasukannya dapat mengulangi kejayaan pasukan 1992 yang dinobat juara.



"Saya percaya pada perwatakan pasukan saya, dan cinta dan kasih sayang yang mereka terima daripada peminat. Ini memberi kami sayap," kata Hjulmand.



"Kami bermain dengan Eriksen di dalam hati kami. Kami benar-benar percaya pada diri sendiri dan kami akan terus berjuang.



"Kami ingin menulis sejarah kami sendiri. Kami berusaha memberi inspirasi dan menyatukan negara kami."



Denmark memenangi dua daripada tiga perlawanan menentang England pada abad ini, kali terakhir ialah kemenangan 1-0 di Wembley pada Oktober tahun lalu.



Oleh itu, mereka akan mengunjungi London dengan keyakinan bahawa mereka boleh menewaskan Three Lions di jerumunnya sendiri.



Walaupun mungkin tidak dapat menandingi penyokong England dari segi jumlah, penyokong Denmark, seperti yang dilihat pada perlawanan lain dalam kejohanan ini, pasti dapat perhatian dengan sorakan gemuruh yang akan diberikan. - Agensi berita.




Ramalan wartawan Fakhruradzi Ismail



DENMARK muncul sebagai pasukan unggul dalam pertemuan terakhir mereka menentang England, yang menyaksikan Christian Eriksen menjaringkan penalti dalam perlawanan kejuaraan Liga Negara-Negara Oktober tahun lalu.



Mungkin yang menjadi keprihatinan utama England ialah kekuatan pasukan yang dipilih Gareth Southgate pada perlawanan tersebut - tujuh daripada 11 pemain itu turut beraksi dalam perlawanan suku akhir Euro 2020 menentang Ukraine minggu lalu.



Namun, Raheem Sterling, Luke Shaw, Phil Foden dan Jack Grealish tidak beraksi semasa kekalahan 1-0 itu, dan peminat England akan berharap salah seorang bintang itu dapat meruntuhkan benteng pertahanan Denmark di Wembley nanti.



Denmark juga bersemangat tinggi hendak menamatkan impian besar England di depan peminat mereka di padang mereka.



Namun, jika Three Lions menjaringkan gol pertama, sukar membayangkan final Euro 2020 tanpa England.




SEPARUH AKHIR



PERLAWANAN PERTAMA



Italy menentang Sepanyol, berlangsung awal pagi hari ini. 



PERLAWANAN KEDUA



England menentang Denmark, berlangsung 3 pagi esok waktu Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >