KELAYAKAN EURO 2016

England kekal rekod sempurna

20 pasukan jamin tempat ke Euro 2016 selepas pusingan kelayakan, lagi empat tempat ditentukan bulan depan

LONDON: England menjadi pasukan keenam yang mara tanpa kalah daripada kempen kelayakan Euro 2016 dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas menewaskan Lithuania 3-0 di Vilnius semalam.

Kemenangan ke-10 berturut-turut itu memberi tempat bagi anak didik Roy Hodgson dalam kalangan kumpulan elit termasuk Perancis (1992 dan 2004), Republik Czech (2000), Jerman (2012) dan Sepanyol (2012).

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan