LONDON: England mara ke suku akhir pertandingan Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley.
Keputusan pengurus Gareth Southgate menggantikan Bukayo Saka dengan Jack Grealish pada pertengahan babak kedua memberi kesan positif kepada England apabila pemain itu terlibat dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75 dan memberi assist kepada kapten Harry Kane untuk gol kedua.
Jerman mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi percubaan Thomas Muller - yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford - tersasar.
Kegagaln Muller itu ternyata amat merugikan dengan England memastikan kemenangan pada minit ke-86 menerusi Kane yang meledak gol pertamanya dalam pertandingan ini.
England akan bertemu Ukraine setelah pasukan itu mengalahkan Sweden dalam satu lagi perlawanan pusingan kalah mati. - AGENSI BERITA.