LIGA JUARA-JUARA

Enrique anggap kekalahan Barca bak mimpi ngeri

TURIN: Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, menyelar pemainnya yang tidak memaparkan prestasi baik selepas kekalahan memalukan 0-3 yang disifatkannya sebagai "mimpi ngeri" kepada Juventus, sekali gus meranapkan harapan pasukan gergasi Sepanyol itu terus bersaing dalam Liga Juara-Juara

Dua gol yang dijaringkan pada babak pertama daripada Paulo Dybala dan tandukan pada babak kedua oleh Giorgio Chiellini menjamin kemenangan perlawanan pertama suku akhir Selasa lalu bagi pasukan hos di Turin, menjadikannya lebih sukar bagi Barca menghadapi perlawanan kedua pada 19 April nanti.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto