Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Arsenal hanya berdaya seri tanpa gol dengan Southampton

Feb 3, 2016 | 8:26 AM
Fraser Forster beraksi dengan cemerlangan bagi Southampton, menyelamatkan beberapa percubaan Arsenal, yang akhirnya terpaksa berpuas hati dengan seri tanpa gol di Stadium Emirates pada Selasa, 2 Feb. Gambar REUTERS
Fraser Forster beraksi dengan cemerlangan bagi Southampton, menyelamatkan beberapa percubaan Arsenal, yang akhirnya terpaksa berpuas hati dengan seri tanpa gol di Stadium Emirates pada Selasa, 2 Feb. Gambar REUTERS -

LONDON: Penjaga gawang Southampton, Fraser Forster, bermain dengan cemerlang untuk mengecewakan Arsenal, yang kini tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan liga.

Forster dua kali menyelamatkan percubaan Mesut Ozil pada separuh pertama sedang Arsenal bergelut untuk mencipta peluang.

Beliau lebih sibuk pada separuh kedua sedang pasukan tuan rumah tertekan untuk berjaya, dengan membuat satu terbang bagi menyelamatkan tendangan Olivier Giroud dan dua usaha Theo Walcott yang masuk sebagai pemain gantian.

Percubaan penyerang Arsenal Alexis Sanchez, yang membuat penampilan pertama sejak November lalu selepas kembali daripada kecederaan, juga diselamatkan di garisan sedang Southampton terus berusaha mengekalkan kedudukan seri.

The Gunners kini jatuh ke tempat keempat liga. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg