EPL: Chelsea kalahkan West Ham 2-1

LONDON: Gol mempesonakan Eden Hazard mendorong Chelsea menang 2-1 di West Ham United pada Isnin (6 Mac), sekali gus pasukan Antonio Conte itu memulihkan kelebihan 10 mata mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hazard menyudahkan serangan balas kilat dengan gol pada minit ke-25 dan gol liga ke-49 Diego Costa memberi kemenangan kepada Chelsea sebelum Manuel Lanzini menjaringkan gol lewat bagi West Ham pada masa kecederaan. - AFP