Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Chelsea seri dengan Liverpool, Man U kalahkan Brighton

epl
Nov 26, 2017 | 12:48 PM



LONDON:  Chelsea bernasib baik    seri 1-1 di Liverpool hasil gol penyamaan saat akhir  penyerang  Willian, sementara Manchester United mengurangkan jurangnya dengan pendahulu Liga Perdana England (EPL)  Manchester City kepada  lima mata dengan kemenangan 1-0 ke atas Brighton pada Sabtu (25 Nov).



Chelsea pimpinan  Antonio Conte berada   lima minit sebelum mengalami tamparan  besar dalam usahanya  mempertahankan gelaran EPL selepas  Mohamed Salah meletak Liverpool di depan di Anfield.



Salah, yang gagal bersinar semasa bermain bagi  Chelsea dari 2014 hingga 2016,   menghantui pasukan lamanya dengan gol pada minit ke-65.



Ia  gol keenam dalam lima penampilan terkini Salah  –  dan ke-15 bagi  Liverpool musim ini –  tetapi beliau    tidak meraikannya, demi  menghormati lebih  300 rakyat  Mesir yang terbunuh dalam serangan penggansan  minggu ini.



Tetapi sedang  juara bertahan itu menghadapi kekalahan pertama dalam lima perlawanan liga, Willian masuk ke dalam padang untuk  menyelamatkan Chelsea dengan gol penyamaan pada minit ke-85.



Chelsea kini di  tempat ketiga liga,   lapan mata di belakang  Manchester City, yang bertandang  ke Huddersfield pada  Ahad, sementara Liverpool kekal di tangga kelima,   11 mata di belakang City.



Di Old Trafford, Menchester United  bangkit daripada kekalahan dalam pertandingan   Liga Juara-Juara di Basel pada pertengahan minggu untuk mencapai kemenangan di padang sendiri  ke-39 berturut-turut    dalam semua pertandingan, menyamai  rekod 51 tahun   pasukan  Sir Matt Busby, melalui gol sendiri    Lewis Dunk.



Bola tandukan Dale Stephens daripada tendangan  Marcus Rashford pergi kepada  Ashley Young, yang merembatnya terkena   Dunk lalu membolosi penjaga gawang  Brighton,   Mat Ryan.



“Saya rasa kami  lebih bersemangat dan  bersungguh-sungguh   daripada bermutu. Anak buah  saya  tidak bermain dengan baik tetapi mereka berusaha sedaya upaya,” kata pengurus United, Jose  Mourinho.



Antara keputusan lain perlawanan EPL pada Sabtu:  Tottenham  seri 1-1 dengan West Bromwich Albion;         Crystal Palace mengalahkan Stoke City 2-1; Watford menewaskan  Newcastle 3-0; dan Swansea seri 0-0 dengan Bournemouth. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >