Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Crystal Palace pecat pengurus

Dec 23, 2016 | 04:17 PM



LONDON (Britain): Pengurus kelab bola sepak Crystal Palace, Alan Pardew, telah dipecat gagal meningkatkan prestasi kelab yang kini berada satu tangga di atas zon penyingkiran, kata pengerusi kelab, Steve Parish.



Pardew, 55 tahun, sebelum ini berjaya membawa Palace ke perlawanan akhir Piala FA musim lalu, namun tewas di tangan Manchester United dalam masa tambahan.



Sayangnya prestasi Crystal Palace untuk musim ini tidak bersemangat - menang empat daripada 17 perlawanan.



Memburukkan keadaan, pasukan tersebut hanya beroleh satu kemenangan sahaja daripada 11 perlawanan terakhir.



Spekulasi timbul bahawa bekas pengurus pasukan Englang, Sam Allardyce, dijangka dilantik menguruskan Crystal Palace.



Dalam kenyataan yang disiarkan di laman kelab itu, Parish berkata:



"Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kami atas sumbangan besar yang Alan berikan, kedua-duanya sebagai pengurus dan sebagai pemain kelab sebelum ini.



"Selepas persembahan hebat pada separuh musim 2014/15, musim 2015/16 berakhir dengan kekecewaan apabila gagal memenangi Piala FA serta mendapat tempat terbaik di Liga Perdana Inggeris."



Pardew pernah bermain untuk kelab itu dan sebelum ini menganggap kepulangannya sebagai pengurus pada awal tahun 2015 meninggalkan warisan yang akan memberi manfaat kepada Palace untuk tahun akan datang.



"Semasa tempoh perkhidmatannya, Alan seorang yang kuat bekerja dan berdedikasi, dia sudah melakukan banyak peningkatan kepada kelab dan kami mengharapkan yang terbaik untuk masa depannya," kata Parish. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >