LONDON: Musim Liga Perdana England (EPL) akan dimulakan semula pada 17 Jun, tiga bulan selepas ia ditangguhkan kerana wabak coronavirus, media Britain melaporkan pada Khamis (28 Mei).
EPL tidak diadakan sejak kemenangan Leicester 4-0 ke atas Aston Villa pada 9 Mac.
Kelab-kelab terkemuka memilih sebulat suara untuk kembali ke latihan kontak pada Rabu dan bertemu lagi Khamis untuk membincangkan isu-isu seperti tarikh memulakan semula perlawanan.
BBC melaporkan bahawa dua perlawanan pertama adalah antara Aston Villa melawan Sheffield United dan Manchester City lawan Arsenal.
Senarai penuh perlawanan akan diadakan pada hujung minggu 19-21 Jun. - AFP


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg