Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL disambung semula dengan 'norma baru'

Jun 16, 2020 | 10:43 PM
EPL disambung semula dengan 'norma baru'. - Foto REUTERS
EPL disambung semula dengan 'norma baru'. - Foto REUTERS -

LONDON: Tidak boleh meludah dan tidak boleh berjabat tangan.

Demikian antara peraturan keselamatan sedang musim Liga Perdana England (EPL) disambung semula pada Rabu (17 Jun).

Di tengah-tengah krisis Covid-19, EPL telah mengeluarkan panduan terperinci sebelum musim disambung dengan berkata:

"Protokol ketat telah dilaksanakan untuk memastikan stadium selamat untuk mereka yang hadir."

Antara peraturan tersebut meliputi: - Hanya 300 orang dibenarkan masuk ke stadium untuk setiap 92 baki perlawanan musim ini. - Kawasan stadium dibahagikan kepada tiga zon: merah, kuning dan hijau. Setiap zon mempunyai protokol dan prosedur unik. - Hanya mereka yang telah menjalani ujian dalam lima hari sebelum perlawanan boleh memasuki zon merah di stadium, merangkumi padang, kawasan teknikal, terowong dan bilik persalinan. - Individu tersebut mesti mempunyai "pasport klinikal" - kod bar yang menunjukkan hasil ujian terbaru mereka negatif - sebelum diberi akses. - Pemain dan kakitangan perlu jalani ujian virus setiap hari. - Sebelum berangkat ke pertandingan, mereka mesti menyelesaikan pemeriksaan relevan bagi Covid-19 dan melaporkan sebarang simptom. - Pasukan boleh melakukan perjalanan ke stadium melalui kereta, bas, kapal terbang atau kereta api, tetapi mesti melakukannya di persekitaran yang steril dan mesti patuh jarak sosial. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg