Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

EPL: Dua gol Sanchez terhadap West Brom angkat Arsenal ke tempat ketiga

Apr 22, 2016 | 07:10 AM

LONDON: Alexis Sanchez menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion untuk mengangkat Arsenal ke tempat ketiga, di atas Manchester City, dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis (21 Apr).

Pemain Chile itu menjadikan jumlah jaringan beliau kepada lima gol dalam empat perlawanan dengan dua gol sebelum rehat bagi melegakan suasana di Stadium Emirates, di mana Arsenal diejek penyokong sendiri hujung minggu lalu selepas seri mengecewakan dengan Crystal Palace.

Sanchez pusing kilat untuk menendang bola dan menewaskan penjaga gol West Brom, Ben Foster, selepas enam minit dan bertindak lagi dengan sepakan percuma sejurus sebelum rehat untuk meletak tuan rumah di depan.

West Brom tidak bernasib baik apabila tandukan Gareth McAuley terkena palang gol pada separuh pertama, tetapi Arsenal hampir tidak diganggu langsung sedang mereka mencerahkan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3