Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KESAN PEPERANGAN RUSSIA-UKRAINE KE ATAS SUKAN

EPL gantung siaran langsung perlawanan di Russia

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liga Perdana England (EPL) telah menggantung perjanjian penyiaran dengan Russia selepas negara itu menyerang Ukraine bulan lalu.



Langkah itu berkuatkuasa serta-merta, yang bermakna perlawanan-perlawanan EPL yang berlangsung pada malam tadi tidak ditayangkan di Russia.



Dalam laporannya, BBC berkata langkah itu diputuskan dalam 15 minit semasa dibincangkan dalam mesyuarat empat jam melibatkan semua 20 kelab.



Liga itu juga berkata ia akan mendermakan £1 juta ($1.79 juta) untuk menyokong rakyat Ukraine.



Hak penyiaran televisyen bagi EPL di Russia dimiliki oleh Rambler Group, yang mempunyai perjanjian tiga tahun untuk menyiarkan perlawanan EPL di sana.



Perjanjian itu dijangka luput pada akhir tahun ini.



Dalam satu langkah berasingan, Persatuan Bola Sepak (FA) England juga telah menggantung perjanjian dengan Russia.



Ini bermakna perlawanan suku akhir Piala FA bulan ini tidak akan ditayangkan bagi penonton di Russia.



EPL berkata ia mengutuk perbuatan Russia menyerang Ukraine dan semua kelab menyokong langkah itu.



"Kami mahukan keamanan dan kami lahirkan rasa simpati kepada semua yang terjejas," kata EPL dalam satu kenyataan.



"Derma £1 juta akan diberikan kepada Jawatankuasa Kecemasan bagi Bencana (DEC) yang akan memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan."



Pada hujung minggu lalu, kelab-kelab EPL menunjukkan sokongan bagi Ukraine apabila kapten setiap pasukan memakai gegelang lengan berwarna biru-kuning mirip bendera Ukraine.



Skrin di stadium pula menunjukkan kata-kata Football Stands Together atau 'Bola Sepak Memberi Sokongan Bersama', juga dengan warna biru-kuning.



Namun, adalah difahami, pertunjukan sedemikian tidak akan diulangi pada minggu ini.



Namun kelab-kelab individu dibenarkan menayangkan mesej sokongan masing-masing.



Liga Bola Sepak England (EFL), divisyen bola sepak di bawah EPL, juga berkata ia telah menggantung siaran bola sepak di Russia.



Hujung minggu lalu, pemilik hak penyiaran televisyen EPL di China tidak menyiarkan perlawanan EPL di negara itu untuk memberi sokongan kepada Russia, yang adalah rakan sekutu rapat China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >