EPL: Ibrahimovic selamatkan Man U dalam seri 1-1 dengan Liverpool

MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke-84 apabila Manchester United menghalang Liverpool kembali ke tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan seri 1-1 pada Ahad (15 Jan).

Paul Pogba membuat United ketinggalan di Old Trafford apabila beliau memberi penalti kepada Liverpool dek bola terkena tangannya, dan James Milner tidak mensia-siakan sepakan penalti itu bagi pasukannya.

Namun, Ibrahimovic akhirnya menyelamatkan United daripada kekalahan dengan gol ke-19 beliau musim ini.

Ia sekali gus membolehkan United terus tanpa kekalahan dalam tujuh perlawanan berturut-turut, namun momentum mereka merosot setelah menang enam perlawanan sebelum ini.

Pasukan Jose Mourinho itu kekal di tangga keenam EPL, manakala Liverpool naik ke tempat ketiga, tujuh mata di belakang pendahulu Chelsea dan di bawah Tottenham Hotspur disebabkan perbezaan gol. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.