Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Leicester dan Manchester City seri tanpa gol

Dec 30, 2015 | 07:22 AM



LEICESTER: Leicester City menyamai mata pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, selepas seri 0-0 dengan pencabar kejuaraan Manchester City di Stadium Power King pada Selasa (29 Dis).


Pertembungan antara dua pasukan itu menyediakan banyak detik menghiburkan tetapi kedua-dua penjaga gol, Kasper Schmeichel dan Joe Hart, setanding dalam menghadapi semua serangan.


Jamie Vardy mensia-sia peluang terbaik Leicester pada lewat babak pertama manakala Manchester City, yang tidak menang di tempat lawan dalam perlawanan liga sejak pertengahan September, nyaris menjaringkan gol melalui Raheem Sterling dan Nicolas Otamendi.


Leicester, yang mengalami kekalahan pertama dalam 11 perlawanan liga di Liverpool Sabtu lalu, kini mempunyai 39 mata daripada 19 perlawanan, di belakang Arsenal hanya disebabkan perbezaan gol.


Manchester City memintas Tottenham Hotspur untuk naik ke tempat ketiga dengan 36 mata.


"Ia satu keputusan cukup adil," kata penjaga gol Leicester, Schmeichel. "Mereka mempunyai beberapa peluang dan kami mempunyai beberapa peluang.


"Ia mengecewakan sedikit tetapi kami mendapat satu mata. Kami sebuah pasukan sangat baik, kami membuktikan ini bahawa pada hujung musim lalu, dan musim ini juga, dan kami antara yang berada di atas.


"Kita kini di pertengahan musim ini, baru Disember dan perjalanan masih jauh," tambah Schmeichel. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >